Rusdi Nasaruddin : 27DUP14F2027
Fairul Ronnachai : 27DUP14F2005
Muhd Afiq Firdaus : 27EUP14F2003
Mohd Izzat Mustamin : 27DUP14F2041
POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
KELAS : DUP2A
JABATAN : JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
KURSUS : PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : CIK HASNIDA BINTI IBRAHIM
KAEDAH FIQH : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
PENGERTIAN :
1 ) Pengertian Usul Al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan Al-Fiqh . Dari segi bahasa , Usul bererti asas , sumber, kaedah atau dalil. Manakala Al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, Al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang di fahami melalui dalil dalil tafsili.
Hasil daripada gabungan Usul dan Al-Fiqh, maka terbentuklah
satu istilah yang tersendiri iaitu Usul Al-Fiqh.Ilmu Usul Al-Fiqh membawa definisi
ilmu tentang kaedah kaedah mengistinbat hukum hukum syarak yang berkaitan
dengan perbuatan mukallaf dari dalil dalil tasfsili.
2 ) Keyakinan bermaksud suatu kepastian atau perasaan yang
kuat terhadap sesuatu hal yang dilakukan, dan keraguan hanya semata-mata
kebimbangan tentang apakah perasaannya sama kuat atau ada yang lebih kuat.
Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang
kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang
yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau
keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak
dengan sebab kedatangan syak kepadanya
DALIL :
1 ) i. Firman Allah SWT
وَمَايَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَيُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
“Dan
kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan, sesungguhnya persangkaan
itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.”
(surah yunus ayat 36)
ii.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ
إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ
أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Wahai orang - orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa "
(Surah Al - Hujuraat : 12)
2 ) Hadis
أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ أَوْ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
“Bahwasanya
ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bahwa dia merasakan seakan-akan kentut dalam shalatnya. Maka
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Janganlah
dia membatalkan shalatnya sampai dia mendengar suara atau mencium bau”.” (HR
Al-Bukhari dan Muslim)
MAKSUD
DALIL : Maksud dalil di atas membawa maksud seseorang itu tidak perlu membatal
kan solat nya sehingga dia mendengar suara atau mencium bau kentut nya sendiri
.
5 APLIKASI CONTOH KAEDAH FIQH DIDALAM BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
a) Semasa menyediakan makanan
kepada tetamu,pengusaha hendaklah memastikan makanan tersebut adalah halal.
Oleh itu, tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah cukup untuk
diyakini status halalnya.Sebarang andaian atau syak yang datang tidaklah dapat
mengubah hukum.
b) Penentuan arah kiblat yang
disediakan di dalam bilik hotel atau rumah tumpangan adalah memadai untuk
dijadikan sebagai panduan solat kepada tetamu yang menginap
c) Seseorang yang melancong ke
negara bukan islam, dibolehkan makan dan minum di restoran yang dimiliki oleh
orang islam walaupun premis tersebut tidak memaparkan tanda halal
d) Pinggan atau bekas yang
digunakan di hotel atau seumpamanya harus digunakan oleh orang islam walaupun
pernah digunakan oleh orang bukan islam
e) Pihak pengurusan hotel menggunakan khidmat chef yang
bukan beragama Islam di dapur yang menyediakan masakan halal . Orang
islam dibolehkan makan dan minum hidangan hotel tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN KAEDAH FIQH
BARU-baru
ini seorang usahawan muda di Lembah Kelang melahirkan rasa kecewanya kepada
saya terhadap sistem pengeluaran sijil halal di Malaysia.
Beliau
berjaya membina bisnes makanan burger dan kini memiliki rangkaian lebih 20
outlet kedai burger, sejauh ini pada sebahagian besar di Lembah Kelang, dengan
jumlah pengguna melebihi tiga juta orang.
Beliau
merancang untuk segera mengembangkan bisnesnya ke kawasan lain setelah mendapat
sambutan menggalakkan.
Daya
keusahawanan tinggi dan cita-cita besar beliau untuk menjadi usahawan berjaya
jelas kelihatan daripada watak dan personalitinya, terutama apabila beliau
menceritakan pengalaman pembangunan bisnesnya, dari tahap kecil-kecilan, hingga
kini mencapai jualan melebihi RM2 juta sebulan.
Tidak
cukup kakitangan Usahawan muda dinamis dan bersemangat berdikari tinggi seperti
ini merupakan ahli bisnes tonggak utama masa depan ekonomi bangsa, iaitu
pejuang membina ekonomi bangsa dan
negara
yang sangat layak mendapat segala sokongan dan kerjasama semua pihak.
Namun,
malangnya beliau kecewa apabila ramai pelanggan Muslim bisnesnya meragui tahap
halal produk burgernya sehingga ada yang menuduh burger yang beliau jual “tidak
halal”, sekalipun mereka tahu burger yang beliau gunakan dikeluarkan sendiri di
kilang milik syarikat beliau dan menurut beliau, bahan digunakan adalah daripada
sumber yang semuanya telah mendapat sijil halal yang sah.
Keraguan
halal terhadap produk berlaku kerana sekalipun telah bertahun beroperasi dan
lebih lapan bulan memohon sijil halal, beliau masih belum menerima
pengiktirafan halal yang sangat penting untuk meyakinkan pelanggan, juga
strategik kepada masa depan bisnes menambah nilai jenama produknya.
Beliau
telah membuat beberapa rayuan meminta urusan ini disegerakan. Dalam satu surat
jawapan diterima daripada penguasa sijil halal dinyatakan: “…proses pengesahan
yang meliputi semakan kecukupan dokumentasi permohonan dan pemeriksaan
pematuhan premis akan dijalankan terlebih dahulu pada kadar yang segera sebelum
pertimbangan kelulusan boleh dibuat.”
Surat
jawapan yang dipetik di atas bertarikh 18 Disember, 2013. Sehingga artikel ini
ditulis, belum ada pemeriksaan dibuat dan sijil halal masih belum diperoleh.
Jelas sekali karenah birokrasi menjadi salah satu halangan besar kepada ahli
bisnes dan usahawan Muslim untuk meningkatkan usaha menyumbang kepada kejayaan
ekonomi bangsa.
Peristiwa
seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa. Bahayanya, ketidakcekapan
penguasa-penguasa halal Malaysia mengeluarkan sijil boleh mengakibatkan
pemalsuan sijil halal atau penggunaan logo halal yang telah luput tempoh tanpa
pemantauan terperinci.
Kerap
juga pengguna mendapati logo halal pada premis restoran dikeluarkan oleh pihak
bukan penguasa sah tempatan.
Semua ini
menimbulkan pertanyaan: Jika kekurangan kakitangan, sejauh mana kekerapan
pemeriksaan dapat menjamin pematuhan sepenuhnya semua syarat halal yang
ditetapkan penguasa halal?
Tegasnya,
apakah taraf halal benarbenar terjamin? Saya pasti tidak semua kelemahan yang
dinyatakan sebenarnya berpunca daripada ketidakcekapan pihak penguasa terbabit
atau mereka sengaja melewat lewatkan proses pengeluaran sijil.
Dalam kes
pengeluar burger di atas, dilaporkan Jabatan Halal terbabit sangat rendah tahap
keupayaannya kerana mempunyai hanya tiga orang kakitangan yang
dipertanggungjawabkan mengurus semua aspek halal.
Apa pun,
masalah ini tidak mungkin diselesaikan dengan menambah anggota dan membesarkan
birokrasi penguasa halal yang cuma akan menambah beban kewangan kerajaan.
Justeru, satu strategialternatif berkesan dan inisiatif luar biasa
diperlukan untuk mengatasinya.
Inisiatif
korporat swasta Minggu lalu, dalam satu forum Menyusun Strategi Halal 2020
anjuran Jakim yang diadakan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
saya turut menonjolkan contoh peniaga burger
dan cabaran yang beliau hadapi.
Saya juga
mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mengenai pengurusan halal di salah
sebuah syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp) sewaktu saya CEOnya.
Pengalaman
paling relevan ialah ketika saya menjalankan tugas selaku Pengerusi, KFC
Holdings Malaysia Bhd (KFC) dan QSR Brands Bhd (pemilik francais KFC dan Pizza
Hut tersenarai di Bursa Malaysia) setelah JCorp berjaya mengambil alih
kedua-dua syarikat terbabit pada 2006-2007.
Pengambilalihan
korporat terbabit antara paling sengit dan “hostile” pernah berlaku dalam
sejarah korporat negara, selain berpanjangan hampir setahun dengan liputan
meluas semua media nasional. Sekali pun banyak halangan dan rintangan, termasuk
campur tangan politik yang cuba menggagalkan perancangan bisnes JCorp,
alhamdulillah, akhirnya JCorp berjaya menguasai dan menerajui KFC dan Pizza
Hut, bukan sahaja di Malaysia, tetapi Singapura dan Brunei Darussalam, sekali
gus merealisasikan matlamat Jihad Bisnes yang tegas JCorp perjuangkan ketika
itu.
Dalam
forum Jakim tersebut, saya menonjolkan pengalaman KFC Malaysia mempertingkatkan
keupayaan pengurusan halal atas dasar kerjasama antara syarikat makanan swasta
dengan penguasa halal mengatasi kelemahan keupayaan mengurus, termasuk
kekurangan kakitangan di pihak penguasa.
Kerjasama
seperti ini harus distrukturkan sebagai satu strategi jabatan penguasa halal
mengguna atau “meminjam” kekuatan syarikat dan keupayaan organisasi korporat
swasta bagi mengatasi kelemahan upaya dan kemampuan jabatan.
Setelah
JCorp berjaya menguasai KFC, sebuah Jabatan Audit Halal dalaman telah segera
ditubuhkan. Selain itu, status halal dikuatkuasakan dan diintegrasikan
sepenuhnya ke dalam proses pengurusan dengan menjadikan halal satu kriteria KPI
untuk dipatuhi semua staf KFC, daripada pengurusan tertinggi sampai kepada staf
operasi di kilang.
Dengan
cara ini, tiada seorang pun staf KFC terlepas daripada tanggungjawab
menguatkuasakan halal dan tiada siapa pun diizinkan mengkompromikannya.
KFC
Malaysia boleh lakukan semua ini kerana ia adalah satu-satunya operasi KFC
paling bersepadu atau integrated, membabitkan bukan sahaja restoran, malah
termasuk ternakan ayam, penyembelihan dan pemprosesan ayam, termasuk pembekalan
semua produk makanan lain yang dihidangkan oleh KFC dan juga Pizza Hut.
Barakah
halal manfaatkan bisnes Alhamdulillah, setelah halal dikuatkuasakan tanpa
kompromi, prestasi KFC Malaysia meningkat tinggi.
Ia
memeranjatkan pihak KFC Amerika peneraju KFC global, apabila bagi dua tahun
berturut-turut, iaitu pada 2007 dan 2008, KFC Malaysia memenangi “Anugerah
Harimau” anjuran KFC global, satu anugerah tahunan diberi kepada rangkaian KFC
terbaik di benua Asia yang berprestasi cemerlang, termasuk dalam meningkatkan
kepuasan pengguna, kualiti produk dan servis, serta mengambil kira peningkatan
keuntungan dan prestasi kewangan.
Pencapaian
hebat ini meyakinkan KFC Amerika menyerahkan kepada KFC Malaysia hak francais
di dua wilayah baharu di Asia, iaitu Cambodia dan di negeri Mahashatra, khasnya
kota Mumbai, di India. Lebih 20 restoran yang dibuka oleh KFC Malaysia di
kedua-dua wilayah baharu ini turut menawarkan makanan halal, sekalipun majoriti
penduduk kedua-dua negara terbabit bukan Muslim.
Kes KFC
adalah bukti nyata bagaimana pengintegrasian halal membawa barakah bisnes hebat
kepada syarikat korporat. Justeru, tidak ada sebab syarikat swasta korporat,
terutama dalam bidang makanan, tidak mahu atau tidak sanggup mengintegrasikan
halal tanpa kompromi.
Kesimpulannya,
seperti yang saya tegaskan dalam forum Strategi Halal 2020 Jakim, integrasi
halal wajar disambut baik oleh sektor bisnes dan korporat atas dasar ia sangat
bermanfaat buat bisnes.
Dalam
kata lain: “Halal is good for business!” Saya juga kuat berpendapat telah tiba
masanya syarat mengintegrasikan halal diwajibkan ke atas sektor korporat dengan
kaedah syarikat membentuk jabatan audit halal dalaman masingmasing di bawah
pemantauan dan seliaan jabatan penguasa halal berautoriti di satu-satu wilayah.
Telah
tiba juga masanya satu undangundang diperkenalkan di peringkat pusat dan
negeri-negeri mewajibkan pengintegrasian halal dalam pengurusan di sektor
korporat, terutama yang membabitkan bisnes halal yang sangat sensitif kepada
pengguna Muslim seperti rangkaian restoran dan hotel.
Tujuannya
ialah supaya isu halal tidak lagi menjadi isu yang semudah itu dikesampingkan
atau dikompromi, cuma kerana terdapat kelemahan dan halangan birokrasi di
peringkat badan penguasa halal. (Sambungan minggu depan: “Halal untuk
transformasi ekonomi”)
RUMUSAN
Rumusan hasil daripada blog kumpulan kami ialah kita sebagai umat Islam haruslah meyakini sesuatu perkara yang kita lakukan berdasarkan Al-Quran dan Hadis tanpa perasaan keraguan atau was-was. Sesuai dengan silibus yang terdapat dalam pembelajaran subjek Pelancongan Dan Hospitaliti Dalam Islam, kami telah mempelajari 5 kaedah fiqh dan salah satu daripada kaedah tersebut ialah “Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan”. Antara contoh kaedah ini yang berhubung kait dalam bidang pelancongan dan hospitaliti ialah, sebagai pelancong yang makan di hotel harus meyakini bahawa bahan mentah yang digunakan halal dan tidak berasa ragu untuk makan makanan tersebut. Kami sebagai pelajar yang turut berada dalam industri pelancongan boleh mengenalpasti contoh aplikasi kaedag Fiqh ini. Selain itu, kami dapat mempelajari hadis-hadis yang berkaitan dengan kaedah fiqh kami sekaligus dapat mengetahui firman Allah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam iaitu Cik Hasnida Binti Ibrahim kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan blog ini. Diharapkan blog ini dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk mencari maklumat berkaitan kaedah fiqh ini. Sekian , Terima Kasih , Assalamualaikum
Rumusan hasil daripada blog kumpulan kami ialah kita sebagai umat Islam haruslah meyakini sesuatu perkara yang kita lakukan berdasarkan Al-Quran dan Hadis tanpa perasaan keraguan atau was-was. Sesuai dengan silibus yang terdapat dalam pembelajaran subjek Pelancongan Dan Hospitaliti Dalam Islam, kami telah mempelajari 5 kaedah fiqh dan salah satu daripada kaedah tersebut ialah “Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan”. Antara contoh kaedah ini yang berhubung kait dalam bidang pelancongan dan hospitaliti ialah, sebagai pelancong yang makan di hotel harus meyakini bahawa bahan mentah yang digunakan halal dan tidak berasa ragu untuk makan makanan tersebut. Kami sebagai pelajar yang turut berada dalam industri pelancongan boleh mengenalpasti contoh aplikasi kaedag Fiqh ini. Selain itu, kami dapat mempelajari hadis-hadis yang berkaitan dengan kaedah fiqh kami sekaligus dapat mengetahui firman Allah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam iaitu Cik Hasnida Binti Ibrahim kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan blog ini. Diharapkan blog ini dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk mencari maklumat berkaitan kaedah fiqh ini. Sekian , Terima Kasih , Assalamualaikum
RUJUKAN
Internet
- http://ustazwanzul.blogspot.my
- https://ibnuabbaskendari.wordpress.com/2010/04/16/sesuatu-yang-yakin-tidak-bisa-hilang-dengan-keraguan/
Buku
- Al-Wafi : Syarah Hadits Arbain Imam An-Nawawi (by Dr.Musthafa Dib Al-Bugha
Majalah
- al-Ustaz
- http://ustazwanzul.blogspot.my
- https://ibnuabbaskendari.wordpress.com/2010/04/16/sesuatu-yang-yakin-tidak-bisa-hilang-dengan-keraguan/
Buku
- Al-Wafi : Syarah Hadits Arbain Imam An-Nawawi (by Dr.Musthafa Dib Al-Bugha
Majalah
- al-Ustaz